Tutorial

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom!! Nak berkongsi tips mengambil gambar close up atau macro nature yang best :) 




- Guna lens macro dan pergi sehampir mungkin dengan subjek supaya objek lain seperti bunga2 lain tak masuk dalam gambar.

- Gunakan aperture yang bersesuai
an supaya subjek kelihatan sharp dan 3D tetapi masih cukup besar supaya background sgt out of focus supaya background hanya sekadar warna.

- Kalau tak ada macro lens pun anda masib bleh ambik gambar closeup, pergi sedekat mungkin dengan subjek di mana masih dalam julat fokus lens dan keluarkan benda lain seperti bunga lain yang ada di tepi subjek utama.

- Jadikan sesimple mungkin. Makesure hanya subjek dan background sahaja. Kalau ada objek di depan subjek atau dinamakan foreground seeloknya buang atau tukar angle supaya hanya ada subjek dan background.

- Gunakan picture control standard atau vivid supaya gambar nampak vivid n ceria. Maksud saya supaya warna hijau background dan warna bunga nampak real dan ceria.

- Kalau ada elemen putih pada bunga pastikan exposure sesuai supaya putih tu tak overexposed sampai menyilaukan mata dan tidak gelap untuk menjadikan gambar tu mute dan tak hidup.

- Gunakan shutter speed tinggi dari biasa sebab pada jarak dekat macam ni memang sebarang shaking akan buat gambar cepat blur. Pandai2 la guna shutter speed bersesuaian.

- Fokus dengan tepat dan jgn bergerak selepas fokus sebab pada jarak rapat camni sebarang perubahan jarak sebanyak 2mm mampu menjadikan gambar blur sehingga takleh digunakan.

- Untuk kesan gambar yang menarik seeloknya meniarap masa shoot supaya eye level so kita nampak gambar tu sangat natural.

- Jaga composition. Sebab jika tersilap composition akan nampak terus gambar tak jadi.

- Ambil gambar pada waktu selepas hujan untuk warna yang tersangat2 vivid sebab masa lepas hujan memang warna naik sebab rumput n semua benda basah n CERIA :)

- Pegang kamera dgn steady sebab kalau shaking gambar rosak.

- Gunakan ape yang ada dengan kita sebaiknya :)





Jom berkongsi 10 TIPS PENJAGAAN KAMERA :

1. Bersihkan lepas guna -
Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air.
2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan -
Jangan biarka
n kamera korang berjemur, nanti kamera korang sunburn..hehe..
3. Elak terkena air -
Kalau terkena , terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika gel yang selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap kelembapan. Kalau biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi, kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan murah, dalam RM100 ke atas.
4. Gantung -
Jadikan menggantung kamera di leher sebagai habit atau lilitkan strap atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai. Hati pun akan berkecai sekali..hehe.
5. Gel Silika -
Wajib ada dalam beg kamera untuk menyerap kelembapan.
6. Filter -
Masa mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens. Kalau beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter. Boleh pakai UV filter atau pun CPL filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak bukannya boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens.
7. Screen Protector -
Paling bagus pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.
8. Pasir
Seelok-eloknya elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak, balut dslr  dengan kain atau plastik.
9. Jangan, jangan dan jangan -
Jangan pegang kamera jika tangan tak bersih terutama selepas memegang losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini. Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang kamera.
10. Sejuk ke panas -
Kalau bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas. Kalau korang buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera korang dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru korang boleh keluarkan kamera dari dalam beg.